Wednesday, 5 June 2013

Kenangan bersama Ummi Azizah


bergambar bersama Ummi Azizah
untuk kelas TMK, projek terakhir membina bahan multimedia..
sangat seronok dan santai... jenuh ummi melayan karenah kami pelajar-pelajar BA1..
hehe.. Terima Kasih Ummi
(^^)

Monday, 3 June 2013

kelas belajar melukis.. (budak baru belajar).. hehe


Salam Sejahtera dan Selamat Petang..

minggu lepas adalah kelas terakhir kami belajar
subjek Pendidikan Seni..untuk semester ini,
walupun dalam masa yang agak singkat 
namun banyak pengalaman yang kami dapat, 
malah mencetus pelbagai kemungkinan, 
bagi mencungkil bakat  yang agak terpendam.. (sangatt)
dan sebagai kenang-kenangan kami di IPG ini, 
utk KDC last mei 2013 di IPGKPM..
(ececehh..sedih la pulok..)

ok lah.. inilah hasil dapatan yang sempat dirakamkan 
ketika sesi shooting.. hehe

baru start ni... sat na, "teknik gurisan" 
geng2 kami "lelaki melayu terakhir BA1"
yang teruja dengan lukisan masing2.. ahaks. 


group gegurl.. (wekk..gurl sgt..)..
Inilah cerita kami semua.. ^^)
Ini kali sahaja cerita kami.. semoga jumpe lagi.. kbhai

Thursday, 16 May 2013

1 Aspirasi 1 Agenda, Selamat Hari Guru ^^)


Tiada kata mampu aku luahkan
Buat para guruku yang telah berjasa
Tika dahulu aku hanya seorang murid
Aku masih ingat, saat kau mengajarku

Saat kau menegurku
Saat kau membimbingku
Saat kau memarahiku
Saat kau merotanku

Saat kau memanggil namaku dengan senyuman
Saat kau membakar semangat jiwaku
Saat kau memberi hadiah pada hari kejayaanku
Saat kau yakin mengatakan aku boleh lakukan

Saat kau menghulurkan sedekahmu demi melihat aku terus belajar
Hari ini masa itu telah berlalu
Aku berdiri dengan kesyukuran
Tetap setia mengenang peribadimu

Wahai guru-guruku pencetus kesedaran
Apapun jasamu tidak mampu ku tahan
Kutitipkan doa buat kesejahteraanmu sentiasa
Moga diberkahi tiap langkah dan perjuanganmu

Wahai para guru yang telah mengajarku
Terima kasih selautan budimu

sumber nukilan : Abu Ridhwan
16 Mei 2013

Wednesday, 1 May 2013

Ujian Dunia Jambatan ke Akhirat


"Janganlah kamu bersikap lemah dan janganlah pula kamu bersedih hati
padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi darjatnya
jika kamu orang-orang yang beriman."
(Surah Ali-Imran, ayat 139)

Monday, 14 January 2013

Dunia Ini Terlalu Kecil Untuk Ditangisi



Kesedihan adalah satu fitrah yang Allah ciptakan kepada hambaNya. Kadangkala kesedihan mampu membuat kita kembali kepadaNya, dan kadangkala juga kesedihan membawa kita jauh dariNya. Semuanya berlaku kerana izin Allah Ya Rabbul Izzati. Maka kemanakah tempat terbaik untuk kita mencurahkan kesedihan agar ia tidak menjadi perkara yang sia-sia?

Acap kali, manusia itu bersedih kerana perkara duniawi semata-mata. Apabila kita gagal dalam peperikasaan kita akan bersedih. Ketika putus cinta dengan sang kekasih kita akan bersedih. Hatta apabila kita kehilangan sesuatu yang kita sayangi, kita juga pasti akan bersedih. Persoalannya, wajarkah untuk kita bersedih semata-mata perkara dunia yang kelihatan besar di mata kita, sebenarnya terlalu kecil disisi Allah Azzawajalla.

Dalam sebuah Hadith Sahih disebutkan:

"Seandainya nilai dunia ini disisi Allah sama nilainya dengan sayap seekor nyamuk, nescaya Allah tidak akan memberi minum kepada orang kafir walau seteguk air pun."

Menurut Allah, dunia lebih tidak berharga dari sayap seekor nyamuk. Maka inilah hakikat sebenar nilai dan timbangan dunia ini disisi Allah. Lalu atas alasan apa untuk kita bersedih dan gelisah kerana hal dunia semata-mata?

Sheikhul Islam Ibnu Taimiyyah seorang ulama yang sangat masyur pernah mengatakan bahawa:

Mengingati Allah itu ibarat air kepada ikan, lihat keadaan ikan apabila berjauhan tanpa air.

dan Ibnu Qayyim Al Jauziyyah juga pernah mengatakan bahawa:

Di dalam hati manusia ada kesedihan dan tidak akan hilang kecuali gembira mengenali Allah.

Sakinah atau kebahagian adalah apabila anda merasa aman atas diri sendiri masa depan, keluarga dan kehidupan anda sendiri. Dan semua ini terhimpun dalam keimanan, redha terhadapa qadha' dan qadhar serta diiringi oleh sifat qana'ah dan sabar. 

Oleh itu kita harus kembali kepada hakikat hidup yang sebenar, jadikanlah kesedihan itu sebagai ruang untuk kita meraih pahala daripadaNya dan bukannya kita lemparkan dan luahkan segala kesedihan kita semata-mata kerana dunia, kerana dunia ini terlalu kecil untuk ditangisi.


sumber : disini

Saturday, 5 January 2013

Kisah Rasulullah SAW dengan sebiji limau.


"Suatu hari Rasulullah SAW didatangi oleh seorang wanita kafir. Ketika itu baginda bersama beberapa orang sahabat. Wanita itu membawa beberapa biji buah limau sebagai hadiah untuk baginda. Cantik sungguh buahnya.Siapa yang melihat pasti terliur. 

Baginda menerimanya dengan senyuman gembira. Hadiah itu dimakan oleh Rasulullah SAW seulas demi seulas dengan tersenyum. Biasanya Rasulullah SAW akan makan bersama para sahabat, namun kali ini tidak. Tidak seulas pun limau itu diberikan kepada mereka. Rasulullah SAW terus makan. Setiap kali dengan senyuman, hinggalah habis semua limau itu. Kemudian wanita itu meminta diri untuk pulang, diiringi ucapan terima kasih dari baginda. 

Sahabat-sahabat agak hairan dengan sikap Rasulullah SAW itu. Lalu mereka bertanya. Dengan tersenyum Rasulullah SAW menjelaskan "Tahukah kamu, sebenarnya buah limau itu terlalu masam semasa saya merasainya kali pertama. Kiranya kalian turut makan bersama, saya bimbang ada di antara kalian yang akan mengenyetkan mata atau memarahi wanita tersebut. Saya bimbang hatinya akan tersinggung. 

Sebab tu saya habiskan semuanya." Begitulah akhlak Rasulullah SAW. Baginda tidak akan memperkecil-kecilkan pemberian seseorang biarpun benda yang tidak baik, dan dari orang bukan Islam pula. Wanita kafir itu pulang dengan hati yang kecewa. Mengapa? Sebenarnya dia bertujuan ingin mempermain-mainkan Rasulullah SAW dan para sahabat baginda dengan hadiah limau masam itu. Malangnya tidak berjaya. Rancangannya di'tewas'kan oleh akhlak mulia Rasulullah SAW. 


sumber : disini

Saturday, 2 June 2012

Round2 Melaka

 

salam sejahtera dan selamat petang... 
  ok..harini kami nak bercerita pasal cuti sekolah,
haa! apa korang buat untuk mengisi masa lapang pada cuti sekolah?
aaa..tak tau la tu kan nak buat ape..hehe
kami org pula masuk maktab untuk
interaksi selama seminggu lebih..

disebabkan jadual yang agak padat, (erm.. agak lah juga)
assignment pun boleh tahan..(banyak sedikit kot)
jadi..jadinya bagi menghilangkan keboringan seharian mengadap laptop,
keluar pergi ronda-ronda bandar melaka ni dengan rakan sekelas,
untuk relese tension & sesambil isi waktu2 kosong sabtu ahad,
lagi pun sebab ada antara kami yang jarang ke melaka,
jadi apa salahnya curi masa rehat sekejap ni
berjalan sekitar melaka..

emm..jap..jap.. ape lagi nk tulis ek..
adoii hilang dah idea nak karang apa da ni, haha
okeylah kami upload ajelah gambar jenjalan tadi
yang sempat diSnap..huhu
 layann... ^^)

berkumpul sat sebelum memulakan eksplorasi.. he

ohoiii.. singah taming sari satttt...

 berposing jap di kapal pelabuhan..

yeah! itu dia.. kami sudah sampai ke puncak.. ahaks

ok..agak kepanatan berjalan seharian harini.. 
balik dan rehat. okey sampai disini je cerita kami ek..
k..bai.. :)